Visitor

Tuesday 7 October 2014

MENCARI DANA MAKANAN TAMBAHAN RAKYAT MALAYSIA: 



KENAPA PERLU SAYA MENCARI DANA UNTUK MAKANAN TAMBAHAN RAKYAT MALAYSIA: 
Multivitamin organik percuma, tolong orang untuk sihat. Melalui blog yang telah menjadi pula sebagai ebook ini, saya  sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk menerangkan kepada anda mengenai kepentingan vitamin kepada manusia, kesan kesan tidak baik akibat kekurangan vitamin. Kita tidak tahu dengan tepat apa vitamin yang kurang dan apa vitamin yang kita perlukan. Dengan mengambil multivitamin adalah jawapan untuk tubuh mendapat keperluan nutrisi yang lengkap. Penjelasan yang panjang lebar ini nanti akan memberi kefahaman
kepada pembaca bagaimana mahu menjaga kesihatan dengan memakan vitamin. Untuk menjalankan berbagai jenis fungsi tubuh adalah digerakan olih berbagai bagai jenis vitamin, kita tidak perlu mengambil kesemua vitamin yang berbagai itu, cukup dengan memgambil multivitamin sahaja.
Mencari bantuan dana kewangan bertujuan untuk menubuhkan, membangunkan kegiatan atau aktiviti amal untuk masyarakat dalam menyediakan makan tambahan berbentuk kapsul multivitamin organik untuk diedarkan kepada orang awam. Sangat penting untuk mengambil makanan tambahan multivitamin untuk mencukupi keperluan nutrisi manusia yang kekurangan akibat sumber makanan harian yang tak seimbang. Dengan kapsul ini anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli berbagai bagai supplement yang ada di farmasi, cukup yang satu ini sahaja.

Kita  selalu membazir wang dengan membeli berbagai makanan tambahan yang tidak perlu.
                              



Dengan Penawar  Untuk Semua Dapat Memenuhi Keperluan Nutrisi Anda


                                              


                                                      Penawar Untuk Semua Yang Telah Siap 

Saya sekarang ini sedang melakukan satu pekerjaan yang bukan semua orang sanggup membuatnya, tetapi tak apalah saya sanggup dan cuba ingin merealisikan nya kerana tiada yang mustahil, iaitu membuat ubat/penawar hasil penemuan dan rumusan saya ini untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai yang memerlukannya, membantu masyarakat dan orang ramai. Mungkin orang orang akan mentertawakan saya kerana mahu buat kerja kerja seorang Menteri, kerana menteri pun tak buat sampai sebegitu. Mungkin begitu juga kerana siapalah saya ni,  dulu pun pernah orang orang mentertawakan  "David Kolonel Sanders" pengasas resepi ayam KFC(Kentucky Fried Chicken) semasa beliau mencari orang orang yang bolih mengeluarkan modal untuk membuat perniagaan restoren ayam goreng KFC. Kini restoran jenama   KFC  tersebut ada di merata rata pelosok dunia.


Ubat saya ini sangat bagus, dapat menyembuhkan berbagai bagai jenis penyakit kronik samada kencing manis, darah tinggi, darah rendah, ghout dan berbagai bagai lagi. Produk saya ni sebenarnya bukanlah ubat, cuma makanan tambahan sahaja, tetapi ianya memang bagus kerana berfungsi sebagai "makanan sebagai ubat", beri tubuh makanan yang baik dan tubuh akan merawat tubuh. Dihasilkan daripada 100% sayuran sayuran sahaja. Olih kerana saya bukan nak buat bisnes seperti produsen produsen lain, kandungan penawar aku ini pure 100% tanpa bahan bahan tambahan untuk pembanyak.
Ubat hasil rumusan saya ini  pada mulanya cuma beredar dipersekitaran tempat saya tinggal, dikalangan adik beradik, kenalan dan sahabat handai. Permintaan sangat menggalakan kerana cerita tentang ubat ini cepat berkembang, dibawa dan dihebohkan olih orang orang yang pernah mencuba ubat saya ini. Ramai yang datang untuk mencubanya, maklumlah percuma. Baru saya tahu disekeliling kita ini rupanya ramai orang yang sakit. Sebelum ini bahan bahan herba untuk dibuat ubat saya kutip sahaja dimana mana ia ada tumbuh samada dipinggir pinggir hutan atau dibelukar belakang rumah saya, tetapi memandangan permintaan sentiasa meningkat saya punya rancangan masa depan iaitu dengan menanam secara ladang (estate) segala bahan dan herba yang diperlukan. Buat masa ini saya menggunakan wang poket saya sendiri untuk memproses ubat ini, memandangkan permintaan tinggi saya bercadang mengutip dana melalui sedekah jariah orang ramai, untuk tujuan itu maka lahirlah blog ini.
Bagaimana semua ini bermula. Ini Cerita Dan Sejarahnya:
Semuanya bermula pada ketika saya berumur 33 tahun, Saya dulu sakit yang seperti menunggu hari kematian je, hari hari badan rasa tak sihat dan hari hari fikir pasal mati aje (kalau dah sakit memanjang tentu fikir matikan?). Macam macam yang saya rasa dalam badan ni, badan rasa sangat amat tidak menyelesakan dan perasaan menakutkan, kalau setakat badan rasa macam nak demam tetapi tidak pula demam demam tu dah memang kerja badan saya. Berjumpa doktor katanya tiada sakit, jumpa bomoh (mak tarik bawa pergi) bomoh kata ada banyak hantu kat belakang saya, mengarut.... kebetulan saya tak percaya kepada bomoh, dukun dan benda benda macam ini. 
Saya tidak berdiam diri, saya bangun melawan penyakit bermula dengan membaca banyak tentang ilmu kesihatan dan mengkaji tentang ubat ubatan, sehingga saya menemui punca susur galurnya beserta jawapannya. Lama juga, 10 tahun jugalah  saya menderita dengan penyakit yang tiada nama ini, akhirnya saya dapat satu kesimpulan, umumnya penyakit mula mendatangi kepada manusia manusia yang berumur 30an keatas, yakni apabila berumur 30 kita kena berjaga jaga. Kenapa? kerana ketika umur itu perkembangan fizikal manusia telah maksima dan fungsi tubuh telah menurun. Kalau nak saya terang panjang lebar mungkin ambil masa ni (kau orang bacalah dibawah nanti yang berjela jela tu). Senang aje, selama ni yang menjaga tubuh kita yang sihat ini ialah binatang yang bernama vitamin tu je, kekurangan vitamin dalam tubuh  maka berkurangan lah antibodi untuk melawan penyakit. Dah jumpa kaedahnya maka saya makanlah multivitamin dari farmasi, wah... memang best giller sehat rasa macam umur belasan tahun je. Hari harilah jaga badan dengan multivitamin, dan dalam masa tu juga saya terfikir kalau badan saya sebelum ini tidak sihat dan menderita macam orang sakit walau tiada penyakit ini kerana kekurangan vitamin, kalau macam tu sudah tentu ramai sahaja diluar sana yang tidak sihat serupa seperti saya kerana masalah yang sama, ini bolih buat duit ni bisik nafsu ku. Saya modified pil multivitamin hancurkan dan larutkan dalam jus dan minum, hasil baik macam biasa, konfirm bolih kaya ni kalau dijual. Dalam masa tu terfikir....kalau beli multivitamin dan jus kemudian modified dan jual, kena jual mahal pula ni sebab beli multivitamin dan jus pun dah mahal. Sebab kena jual mahal punya pasal saya cancel aje niat nak buat duit tu. Kemudian berfikir lagi, kalaulah saya bolih buat multivitamin dari daun daun kayu dan herba yang ada disekitar rumah saya ni alangkah bagusnya, gembira dan bahagia sangat rasanya kalau dapat jadi macam tu. 
Memang ini kerja allah, Allah mendengar kata kata suara hati saya dan mengurniakan berbagai bagai ilham dan idea kepada saya,  dah jadi rezeki allah nak beri kepada saya. Hasil dari ilham yang allah berikan, kini saya telah berjaya membuat kapsul multivitamin yang lebih power dari yang dijual di kedai kedai farmasi, dah tu organik pula tu. Dalam seumur umur hidup saya inilah saat yang paling gembira dan berbahagia sekali kerana berjaya mencipta multivitamin organik, inilah penemuan terbaik dalam hidup saya. Timbang punya timbang, fikir punya fikir yang pada mulanya terfikir bolih buat duit dengan ubat yang dapat saya cipta ini akhirnya (mungkin allah belum bagi), saya dapat ilham baru. Olih kerana hasil penemuan ini dan kos kos untuk membuat sedari bahan bahan mentah hingga menjadi kapsul ubat adalah tersangat murah, lebih baik jangan jual, bagi sahaja dan tolong orang ramai yang sakit (saya tahu macam mana jadi orang sakit) buat pahala sebagai simpanan akhirat, kan kita orang Islam. Ubat yang saya rumus ini diberi gelaran dengan nama "Penawar Untuk Semua".  
Begitulah sedikit kisah kisah dan sejarah yang memulakan bagaimana saya dapat mencipta rumusan penawar penyakit yang pada mulanya untuk saya gunakan sendiri aje, kerana dia bagus maka nak berkongsi hasilnya kepada orang ramai.
BIODATA PENULIS:
SEDIKIT TENTANG DIRI SAYA:
Saya dilahirkan di Cheras Selangor pada 15.021958 (56 tahun sewaktu blog ini ditulis). Saya adalah pesara guru sekolah Kerajaan yang dulu mengajar dalam subjek "kemahiran hidup".
Kini dalam umur bersaraan dan badan masih sihat saya melakukan 5 pekara:
1.Menguruskan perniagaan sendiri Land properties developer & Invesment In BursaSaham klse.
2. Bermain main dengan hobi memancing ikan dan berburu.
3. Melancung dalam dan luar negeri.
4. Masih belajar (bukan sekolah) melalui internet, media masa dan sumber alam, penulis blog (ebook percuma). 5.Melakukan kerja kerja amal dan aktiviti masyarakat, buat masa ini bergerak sendiri dan dibantu olih keluarga.




                                      






Semua gambar gambar ini diambil pada tahun ini (2014) ketika ini saya berumur 56 tahun, sudah dikatogerikan usia emas, alhamdulillah kehadrat allah swt kerana pada usia ini masih dikurniakan kesihatan (sebagai penulis blog kena buktikan apa yang ingin dikongsikan). Sekadar ingin berkongsi kepada semua bahawa "kepercayaan yang betul adalah aset diri" sesaorang itu. Berbagai kepercayaan mesti mahu ada iaitu;  kepercayaan ilmu menjaga kita, percaya makanan sihat melahirkan tubuh dan wajah sihat, percaya wang walau tidak dapat membeli semua tetapi perlu ada wang, percaya kalau kita pandai sangat menyeronokkan atau percaya kalau kita ganggu orang sudah tentu orang pun ganggu kita. Ada banyak kepercayaan yang betul dan bagus, olih itu  marilah kita sama sama melahirkan kepercayaan yang betul pada diri kita.


DI NEGARA LIBYA (ZAMAN GHADAFFI) TIADA BIL AIR DAN ELEKTRIK. DI ARGENTINA KERAJAAN MENDIRIKAN KILANG MAKANAN TAMBAHAN UNTUK RAKYAT:
Ini daripada apa yang saya baca dari internet. Libya sebuah negara penghasil minyak, memberi bekalan air dan elektrik secara percuma kepada rakyatnya, tiada bil bil diLibya pada masa pemerintahan Muhammar Ghadaffi. Pemimpin seperti ini yang bukan semua rakyat libya mahu membunuhnya, sebahagian besar rakyat Libya menangis atas kematiannya (saya juga sebak semasa mengetahui dia dibunuh). Mungkin simpanan minyak Libya sangat banyak sehingga negara itu tidak mengambil hasil membekalkan air dan elektrik kepada rakyat sebagai hasil negaranya. Memang banyak, sehingga Amerika dan orang orangnya masih berleluasa bergerak bebas dibumi Libya ini ketika ini, yang konon sebagai badan pemerhati dan pendamai (sedut minyaklah tu....). 
Bagaimana pula dengan negara Agentina?  individu yang sihat akan  melahirkan bangsa serta rakyat yang pandai dan berkualiti, akan menghasilkan negara yang berproduksi tinggi dan maju. Individu yang sihat akan menyebabkan rakyat yang sihat. Kesihatan datang dari sumber pemakanan yang baik. Kalau makanan sehari hari kurang berkualiti, bolih ditambah dengan makanan tambahan yang baik. Menyedari ini maka kerajaan Argentina telah membina sebuah kilang untuk membuat makanan tambahan sendiri untuk diagih agihkan kepada seluruh rakyatnya.  
Ada satu bahan yang terkandung dalam sebahagian bahan untuk membuat makanan tambahan olih Kerajaan Argentina adalah bahan yang saya gunakan dalam mengolah "penawar untuk semua". Alangkah bagusnya kalau kerajaan kita Malaysia dapat berbuat seperti kerajaan Argentina itu.
Apa apa herba yang digunakan
Penawar ini saya buat daripada 100% sayuran sayuran sahaja. Ini dia jenis jenis sayuran tersebut yang saya formulasinya dengan sedikit doa untuk kesejahteraan pengguna:
                                                                Pokok pucuk manis
                                            


                                               Petai belalang
        



papaya
         




Inai
          


Mengkudu             
               
Untuk mendapat khasiat yang optimun kesemua campuran herba diatas anda mesti memamakan nya dengan berat 250gram sehari, sanggupkah anda menelannya untuk selama 365 hari selama setahun untuk menjaga kesihatan setiap hari selama nya? Bagaimana kah pula kalau ia telah menjadi kapsul? 
PROSES YANG PANJANG UNTUK PEMBUATAN PENAWAR UNTUK SEMUA:
1.Setelah herba herba dan sayuran terpilih di petik sebelum dijemur diracik racik supaya air lebih cepat teroksaid dengan keudara:

                                     

       

                                 
                                                                                 
2. Setelah diracik racik dijemur didalam rumah terlebih untuk dilayukan sebelum dijemur langsung kepanas matahari.



                                                                               
                                                                           
3.Herba herba yang sudah kering dibungkus sebelum dihantar ketempat penggilingan seterusnya dihantar kepembungkusan kapsul.
                                                        
4. Kapsul yang sudah siap dibungkus dan bersedia untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.                                                        
                                             Penawar Untuk Semua Yang Telah Siap  


SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA DIPILIH DAN MENDAPAT ILHAM MENCIPTA PENAWAR INI:                                         
Semua orang tahu semua yang baik berlaku keatas kita dengan ketentuan allah, yang buruk kita yang cari nahas sendiri. Saya bersyukur kerana di pilih allah untuk membantu orang ramai menjaga  kesihatan dengan allah memberi saya ilham, kecerdasan dan minat yang tinggi dalam hal hal kesihatan. Saya sangat mudah sahaja memahami apabila membaca dan belajar tentang ilmu kesihatan, ini rezeki dan kurnia allah. Teringat satu pesanan olih arwah guru agama saya, dia pernah berkata, "jika sesuatu kelebihan, kepandaian luar biasa dan keajaipan yang diberikan kepada golongan nabi dan rasul itu di panggil mukjizat, jika ia berlaku kepada orang orang alim, ulama dan soleh dipanggil karomah, dan jika kelebihan itu berlaku kepada orang orang biasa pula ia dipanggil ma'aunah". Saya cuma orang biasa sahaja, syukur sekali lagi kepada allah swt kerana ma'aunah dan  ilmu ilham yang allah berikan.
TESTIMONI DARI PESAKIT YANG TELAH MEMAKAN "PENAWAR UNTUK SEMUA".





















SIAPA SIAPA YANG BOLIH MEMAKAN PENAWAR UNTUK SEMUA INI?
Sesiapa sahaja semua golongan umur dan latar belakang bermula dari bayi yang sudah bolih memakan makanan selain susu ibunya hingga orang orang tua, selamat dimakan kerana ia hanya bersumberkan sayur sayuran, walau begitu golongan yang paling memerlukan ialah:
1. Semua orang orang tua, samada sedang sakit atau tidak kerana kelaziman orang berusia emas kebanyakan nya lemah antibodinya dan kekurangan nutrisi(vitamin).
2.Orang orang yang telah mencapai umur 30an keatas, untuk menjaga kondisi tubuh supaya dapat mencegah berlaku tua dini (awal) dan membendung penyakit penyakit kronik.
3. Ahli ahli sukan, orang sakit yang sedang dipulihkan, penagih dadah sedang dipulihkan dari kesan kesan ketagihan. Banyak tenaga digunakan untuk pemulihan dan  perlukan perkembangan sel sel baru dengan cepat.
4. Para jemaah haji kebanyakan uzur ketika sebaik sahaja tiba di Mekkah dan ketika  menjalani rukun menunaikan fardhu haji kerana faktur umur, penyakit sedia ada, keletihan  dalam perjalanan, menghadapi  perubahan cuaca dan stress dalam penyesuian diri dengan persekitaran baru (new tank syndrom)". Sehingga ada yang dipapah dan menggunakan kerusi roda. Bakal jemaah haji disarankan mengambil "penawar untuk semua, 1 bulan sebelum ke Mekkah dan sepanjang masa di Mekkah.
5. Zaman ini adalah zaman kemurungan atau stress, orang sedang stress selalu letih dan tidak bermaya kerana penyakit ini banyak menghabiskan tenaga, antibodi lemah dan sistem pencernaan pula tidak efisen. Ramai orang yang stress telah dapat dibantu dengan penawar ini.
6.Wanita yang mengandung dan menyusukan bayi, ketika mengandung pembentukan janin dan kesihatan ibu sangat penting kerana memerlukan nutrisi yang mencukupi. Begitu juga ibu ibu yang sedang menyusukan bayi, air susu menjadi banyak.
7. Kanak kanak yang sedang membesar sangat bagus mengambilnya, mereka sedang membesar perlu kepada nutrisi yang bagus (ZPT), zat pengatur tumbuh. Nutrisi yang baik untuk perkembangan sel pembesaran dan selera makan yang kuat. Dalam satu kes seorang kanak kanak yang mengambil penawar ini saiz badan dan tingginya lebih dari rakan rakan sebayanya.
8. Yang paling banyak menggunakan tenaga pada manusia iala otak, kerana otak adalah suis pengunci untuk mengarahkan tubuh membuat berbagai kerja.  Pekerja yang paling banyak menggunakan otak dan minda ialah pekerja pekerja profesional seperti menteri, jurutera, arkitek, akauntan dan lain lain.  Nutrisi yang baik menghasil tenaga yang baik juga umpama anda nak membuat kek yang sedap tentu menggunakan coklat dan cheez yang mahal(bermutu). Golongan profesional sangat perlukan penawar ini untuk minda mereka.
Dan banyak lagi yang bolih tak payah saya sebutkan, kalau anda sakit atau yang hendak menjaga kesihatan, mari ambil makan je lah.
MAKAN "PENAWAR UNTUK SEMUA" KENA MAKAN SEUMUR HIDUP SEUMUR HIDUP,
KENAPA? 
Kalau sudah sembuh dengan memakan penawar dari saya ini, kena juga makan untuk selamanya, kenapa tidak bagus ke benda ni atau ada dadah ke... ambil sembuh tak ambil penyakit datang balik?
Tiada masalah untuk umur dari bayi hingga umur awal 30an kepada yang sakit, selepas sembuh dari penyakitnya, setelah sembuh bolihlah berhenti tetapi kalau mengambil untuk seterusnya sangat bagus. kerana dapat menjaga dan melaras kondisi tubuh untuk menjaga tubuh supaya mempunyai antibodi yang kuat dan melambatkan mencapai tua dini, kalau  pada kanak kanak pula dapat membantu tumbesaran dengan lebih aktif (booster).
Kepada orang orang orang tua pula kenalah mengambil untuk selamanya hingga keakhir hayat, kenapa dan mengapa? saya huraikan..
Apabila manusia telah mencapai umur 30an perkembangan tubuh telah maksima dan kembali menurun, kondisi tubuh tidak seperti sebelumnya, secara perlahan lahan fungsi serta kecekapan tubuh dalam memproses makanan, menyerap makanan, menyembuhkan penyakit menjadi lambat tidak seperti waktu usia muda dahulu.
Secara perlahan lahan tanpa kita sedari tubuh mengalami kerosakan sel sel tubuh dan imuniti, sehingga mula dihinggapi olih penyakit penyakit yang rengan dan dari semasa kesemasa penyakit yang datang semakin berat, kerana tubuh kekurangan antibodi yang cukup hasil dari makanan yang kurang bermutu dan tercemar. Sebenarnya ini dikenal pasti dengan gelaran fungsi organ dan kompenan tubuh telah mengalami kerosakan, cepat atau lambat kerosakan bergantung dengan cara pemakanan dan gaya hidup sebelumnya, sekarang zaman kimia dan racun, tubuh lebih cepat menjadi rosak kerana tubuh telah berkerja lebih banyak, seolah olah tenaga yang dihasikan olih tubuh untuk digunakan selama 1 tahun telah dihabis guna untuk 6 bulan sahaja. Kerja dan tenaga yang paling berat dan banyak digunakan olih tubuh ialah untuk menyingkir racun (toksik bawaan makanan) dari tubuh kita dan menyembuhkan penyakit, penyakit yang paling banyak menghabiskan tenaga ialah jenis jenis penyakit  gangguan jiwa, (bayangkan lah sesaorang yang terganggu jiwanya dalam tempoh yang panjang). Orang tua sememang fungsi sistem pencernaan yang bertugas sebagai dapur bahanapi (tenaga) telah lemah dan perlahan, keperluan tenaga selagi hidup tetap sama seperti manusia lain, maka sebab itu kita dapat lihat orang orang tua pergerakannya lambat dan perlahan. Untuk mencukupi kembali tenaga kepada orang orang tua sangat berkesan dengan "penawar untuk semua".
Multivitamin digunakan untuk menjalani berbagai bagai fungsi tubuh seperti vitamin A dikaitkan untuk pembaikkan mata, Vitamin E untuk merawat dan menyembuhkan masalah kulit, vitamin D untuk menguatkan tulang dan macam macam lagi kerja kerja vitamin. Kepada orang orang tua atau orang orang yang mempunyai tubuh badan yang lemah, penyakit penyakit datang kerana tubuh tidak mendapat bekalan makan/vitamin yang cukup dimana tubuh memproses sendiri vitamin vitamin ini melalui makanan berkualiti yang kita makan sebelumnya (sewaktu muda atau sihat) manakala (apabila manusia sakit samada orang tua atau orang muda mesti menghadapi sistem pencernaan lemah, apatah kalau orang tua  kalau berpenyakit lagi parah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ). Dengan tidak cekapnya lagi sistem pencernaan dan  tidak sebagus seperti masa kanak kanak dan remaja yang sedang membesar dahulu, maka segala keperluan tubuh kepada vitamin, menentang penyakit, menyembuhkan penyakit, tenaga untuk bergerak tidak dapat lagi dipenuhi seperti sepatutnya. Semasa remaja sedang membesar selera mereka untuk  makan tengah marak kerana tuntutan tenaga, nutrisi yang banyak diperlukan ketika proses pembesaran mereka.
Dengan kapsul penawar untuk semua insya'allah banyak penyakit dapat disembuhkan,  ini kerana nilai nilai nutrisi yang lengkap telah diisi semula olih penawar ini setelah dikosongkan dan ditinggalkan untuk beberapa ketika olih fungsi tubuh yang telah rosak dan nutrisi (multivitamin) yang tubuh tidak cukup menghasilkan sendiri. Orang orang tua jikalau sakit makanlah apa sahaja makanan yang baik dan mahal dalam pasaran ini tidak memadai, kerana walau macam mana baik makanan yang dimakan, tubuh dan sistem kompenan tubuh telah rosak tak dapat memproses dan menyediakan dengan cukup keperluan nutrisi untuk tubuh.  
Penawar untuk semua  tidak dapat untuk membaiki sistem tubuh yang telah rosak, bukan itu fungsinya tetapi ia adalah untuk membekalkan multivitamin yang tubuh tak dapat buat dengan mencukupi lagi. Melainkan orang orang muda yang sakit kerana mereka cuma kekurangan vitamin sahaja sedangkan organ dan kompenan badan masih ok lagi, apabila mereka (orang muda) memakan penawar untuk semua, ia adalah untuk mencukupi dan membekalkan apa yang kurang dan melaras sistem tubuh supaya sentiasa memudakan kompenan, organ dan fungsinya.
Apabila orang orang tua pula yang sakit dan sudah sembuh dengan memakan penawar untuk semua, apabila berhenti mengambil untuk beberapa ketika ok, tetapi selepas beberapa lama apabila bekalan nutrisi dalam badan dah habis penyakit datang lagi, itu alasan kenapa mesti makan penawar saya selamanya. Penawar saya bukan untuk memastikan kompenan tubuh dan organ tubuh sihat seperti semula dan penyakit tidak datang, tetapi memastikan tubuh mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi supaya tubuh anda memperolehi tenaga untuk tubuh sendiri yang mengawal dan menentang penyakit. Mana mana orang atau sesiapa pun walau umur masih muda jikalau kekurangan vitamin dan nilai makan diabaikan pun dapat penyakit juga.
Untuk anda lebih dapat memahaminya  saya beri satu contoh yang mudah. Tubuh kita adalah ibarat sama seperti sebatang pokok, katakan kita tanam sebatang pokok ditanah yang dimana tanah tersebut memang telah tersedia sumber bajanya. Pada mulanya pokok itu hidup subur, tetapi beberapa lama kemudian pokok menjadi kurus, kuning dan layu manandakan bajanya telah diguna habis. Selepas dibaja semula, pokok akan subur semula. Mana yang betul membaja pokok atau membaja tanah? Subur pokok kerana akar, subur akar kerana tanah, subur tanah kerana bajanya. Kepada manusia memakan makanan yang banyak mengandungi nutrisi (multivitamin) samalah seperti membaja sebatang pokok.
Saya sendiri kalau tak makan penawar ini cuma 5 hari sahaja badan dah rasa macam2 yang tak enak seperti dulu dulu, menandakan tubuh saya juga telah rosak, nutrisi habis perlu kemasukan sumber yang baru. Ini saya percaya akan berlanjutan sehingga saya mati, kerana kompenan dan organ tubuh dah rosak. Cuma bolih dalam kawalan  sahaja.
Penawar Untuk Semua, seperti orang yang sedang menunggu hukuman mati tiba tiba dibebaskan ATAU orang sakit menuggu mati (sakit yang tiada harapan sembuh) dapat disembuhkan.
Apa perasaan dan harapan setelah mendapat sinar baru. Bolih bayangkan bagaimana rasanya apabila orang yang sedang menunggu hukuman mati tiba tiba mendapat perintah dibebaskan atau bayangkan juga kalau kita sedang sakit yang tiada harapan sembuh dan  percaya ia akan berakhir dengan kematian dan menunggu harinya sahaja, tiba tiba ia dapat disembuhkan setelah puas berubat. Cuba kita bayangan jadi seperti itu, tentu kita berkata aku ni sebenarnya sudah mati tapi dapat dihidupkan semula, bahagianya.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan dengan penawar untuk semua ini, kemungkinan penyakit untuk sembuh bolih berlaku dengan izin allah. Saya sendiri telah merasakan semua seperti diatas, saya rasa seperrti orang baru dan seperti dapat terlepas dari kematian. Selepas saya makan penawar saya ini saya rasa lega.. bahagia.
PESAKIT PESAKIT KRONIK SELALU SILAP DENGAN MEMPERCAYAI PENYAKITNYA TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN LAGI:
Banyak jenis jenis penyakit hari ini yang bersifat kronik dan amat sukar untuk disembuhkan seperti penyakit penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, asma, ghout, buah pinggang dan lain lain. Orang orang dahulu tidak ada penyakit penyakit seperti ini, penyakit penyakit ini adalah untuk orang orang moden. Ini berkaitakan dengan makanan kerana zaman sekarang makanan kita dicemari bahan kimia. Pesakit pesakit telah berubat kesana kemari dan telah menghabiskan banyak wang untuk berubat, ada sesetengah orang menjual harta atau kebun untuk membiayai perubatan mereka. Wang habis penyakit tak juga sembuh, sukar, sukar dan sukar sehingga pesakit pesakit merasakan tiada harapan untuk disembuhkan lagi. Kebanyakan pesakit pesakit kronik seperti ini akan hidup dalam keadaan pemurung  dan sayu(tubuh badan sangat lemah dan tak bermaya). Mereka percaya yang penyakit mereka tiada dapat disembuhkan lagi. Mereka pun tidak salah juga untuk mempercayai seperti itu. Kepada mereka mereka yang mengidap penyakit penyakit kronik atau sesiapa yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakit penyakit kronik telah terbaca blog saya ini, marilah datang mengambil penawar dari saya. Kalau dari jauh saya bolih kirim melalui pos laju, insyaallah.
HUKUM BERUBAT KETIKA SAKIT, MENGUBAT, BELAJAR ILMU PERUBATAN DAN MENGAMBIL UPAH MENGUBAT:
Hukum berubat,  hukum berubat ketika sakit ada dua. Pertama dikalangan para nabi, rasul dan ambia mereka ini golongan orang beriman dan sabar dengan ujian kesakitan dari allah. Golongan ini hukum berubat adalah harus sahaja. Kepada orang orang biasa yang sakit dan sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dihidapinya, maka pergi berubat adalah menjadi hukum wajib.
Hukum mengubat, kepada orang orang yang mempunyai ilmu perubatan, jika dia didatangi olih mana mana pesakit minta diubati, maka hukumnya adalah wajib ia memberi bantuan pengubatan.
Hukum belajar ilmu perubatan, adalah fardhu kifayah dimana jika dalam satu satu daerah itu tiada orang yang pandai dalam ilmu perubatan maka hukumnya adalah wajib setiap orang untuk belajar, kalau tidak orang ramai berdosa. Kalau ada yang pandai maka hukum wajib belajar ilmu perubatan itu gugur.
Hukum mengambil upah mengubat, hukum bergantung kepada keadaan. Jika yang pandai mengubat itu seorang yang kaya dan tiada masalah dengan kewangan untuk menyara hidup, jika diberi upah olih pesakit apabila datang berubat, harus hukum nya menerima upahnya. tetapi jika orang yang pandai mengubat itu selalu didatangi pesakit untuk minta tolong diubati dan si pandai mengubat tidak dapat pula hendak keluar bekerja bagi mendapat wang untuk menyara keluarga, maka mengambil upah untuk mengubat orang sakit akan jatuh kepada hukum wajib.

Kalau pembaca blog saya  mahu membuat sumbangan dana untuk makanan tambahan ini dialu alukan, bacalah dahulu konten blog ini hingga keakhir untuk mengetahui hakikat kebenaran tentang kesihatan.
                                                          
Jika anda  ada sebarang pertanyaan atau kemushkilan mengenai kesihatan bolih sms, call   0122575716 / 0143961877, email < pustakagerak@gmail.com atau hrvible@gmail.com  >

Yang ingin datang berubat sila kealamat:

 Lot.1821, Kg. Sg. Kembung Hilir, Bangi 43000 Selangor 

Anda bolihlah menyumbang kedalam Akaun Bank saya : BANK CIMB AKAUN NO: 1219 0050 2115 22 ATAS - NAMA ISMAIL B. PAYAMIN.

                            
MENJADI TUA SANGAT MENAKUTKAN, KENAPA?
Sakit ketika usia muda tidak sama dengan sakit ketika usia tua, apatah lagi kalau tubuh yang berusia tiada berpenyakit tetapi rasa macam sakit je ketika hidup dalam umur berusia, rasa tak sehat memanjang je. Tajuk ini ialah menjadi tua itu sangat menakutkan. Bukan takut menjadi tua, kalau tua dengan tubuh sihat tidak mengapa, kebanyakan kita (manusia) menjadi seorang yang tua sangat menyiksakan kerana berlaku ketidak selesaan dalam tubuh dan perasaan tidak yaman ketika hidup dalam usia tua, kalau sewaktu waktu mengidap penyakit apatah lagi... amat amat menakutkan, kekadang mati sahaja rasanya yang dapat mengakhirinya penderitaan ini (inilah dinamakan penyakit tua). Rasa rasa itu tidak bolih diceritakan dengan perkataan. Aku sebagai penulis blog ini telah merasakan itu semua dan sebagai manusia sesiapa sahaja mungkin pasti merasanya jika umur panjang. Penyelesaian dapat aku temui untuk mengakhiri semua penderitaan itu tanpa perlu mati. Kini syukur, aku sangat sihat seperti belasan tahun aje. Apa rahsianya?  MULTIVITAMIN AJE.

Adakah tua yang sebegini menjadi pilihan


                            Tua tetapi sihat, hidup gembira


                             Tua tetapi hidup begitu muram


 APA YANG MENYIHATKAN MANUSIA DAN APA YANG MEMATIKAN MANUSIA?
Yang mematikan manusia ialah penyakit (mengidap penyakit/kemalangan), yang mematikan penyakit ialah antibodi (kekebalan tubuh), yang mematikan antibodi ialah mati yang sebenarnya (manusia akhirnya mati juga) "hidup adalah hukum kekebalan tubuh". Tubuh kebal badan pun menjadi sihat, tubuh kebal adalah bukan dengan ubat tetapi dengan makanan yang berkhasiat. Banyak makanan yang berkhasiat, dan yang paling berkhasiat ialah makanan yang paling berkhasiat. Manusia sangat mudah menjaga kesihatan jikalau tahu cara menjaganya dan manusia juga sangat mudah mendapat penyakit walau serengan rengan nya jikalau mengabaikan kesihatan.

SEMUA MANUSIA INGIN HIDUP SELAMANYA TETAPI TERPAKSA JUGA MATI KERANA TIDAK MAMPU MENAHANNYA:
Semua manusia kalau bolih tidak mahu mati dan ingin hidup selamanya, mana ada manusia mahu kepada kematian. Kalau ada mana mana manusia mengatakan ia berani mati itu adalah sebuah keegoan. Tanyalah kepada diri anda hendak ke anda mati? Hidup didunia penuh dengan banyak nikmat, mati bermakna meninggalkan dunia selamanya, berpisah dengan nikmat hidup serta orang orang yang di kasihi. semua orang takut kepada hendak mati, tetapi sudah menjadi sunahtullah bahawa yang baru menjadi lama, yang hidup pasti mati. Lambat laun kematian datang menjemput, kita terpaksa mengikut kematian dan terpaksa terima datangnya hari kematian. Kematian berpunca daripada berbagai bagai sebab, samada kemalangan atau mengidap penyakitr paenyakit kronik.
KEMATIAN DAPAT DILENGAHKAN MELALUI TEKNOLOGI:
Walau akhirnya manusia menghadapi kematian, tidak pula bermakna manusia tidak bolih berumur panjang. Dalam kepercayaan agama islam terdapat pada ajaran rukun iman pada pekara no.5 iaitu percaya kepada qada' dan qadar (percaya kepada untung baik dan untung jahat), bermakna kita telah ditakdirkan  untuk mendapat pekara baik atau pun buruk, yakni yang baik dan buruk telah ditentukan oleh takdir allah. Ada sesetengah para ulama dan cendikiawan Islam pula ada mengatakan, pekara pekara buruk boleh kita hindarkan dengan doa dan ikhtiar. Kalau mengikut kepercayaan yang kedua pada pendapat para ulama berbagai pekara yang tidak baik dapat dielakan dengan usaha, ikhtiar dan doa, dengan ini bahawa kita tidak bolih hanya menyerah sahaja diri kepada ketentuan yang jahat dan merugikan, kalau mengikut yang ini maka kesihatan juga bolih ditingkatkan dan kematian awal dapat di elakan melalui peningkatan kualiti perubatan atau teknologi perubatan. Dengan ini bolih juga kita samakan dengan makna "teknologi dapat melengahkan atau membatasi takdir". Sehinggalah kematian yang sebenar datang mengambil kita, dan dengan terpaksa kita mengikutnya. Orang orang pandai selalunya berumur panjang kerana mereka yang pandai akan selalu belajar bagaimana menjaga kesihatan, ketahanan tubuh dapat di pertingkatkan dan penyakit dapat dihindarkan. Mereka belajar teknologi bagaimana mahu menjaga dan mempertahankan kesihatan. 
Penemuan kepada asid amino dalam makanan adalah teknologi perubatan moden yang berjaya ditemui olih pakar perubatan kini. Penemuan kepada asid amino telah banyak dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang rengan atau kronik.
APA YANG KUAT PADA DIRI MANUSIA?
Banyak yang kuat dalam diri manusia, yang paling kuat dalam diri manusia adalah akal, kerana akal lah yang mengurus serta  mentadbir diri sesaorang manusia itu samada menjadi baik atau sebaliknya, yang paling kuat dari akal ialah mabuk (khayal) kerana apabila sesaorang yang sedang mabuk akal sudah tiada berfungsi lagi. Yang lebih kuat daripada mabuk ialah tidur, apabila sesorang itu sedang mabuk sehingga tertidur maka mabuknya akan hilang sebaik sahaja ia terbangun daripada tidurnya. Yang paling kuat daripada tidur ialah gelisah, kerana apabila sesaorang itu didatangi rasa gelisah maka ia menyebabkan kesukaran untuk tidur. Gelisah sangat kuat bolih membunuh manusia secara senyap.
Ada satu unsur yang lebih kuat dari gelisah, dan jika ianya ada dalam tubuh manusia itu, maka manusia itu bukan sahaja mempunyai kesihatan minda, malah tubuh fizikalnya sangat kuat sehingga penyakit tidak dapat menjangkiti dirinya, unsur itu adalah asid amino.



SETIAP BANGSA DIDUNIA MEMPUNYAI JENIS MAKANAN PERUBATAN  YANG DICARICARI WALAU HARGANYA MAHAL, APAKAH YANG SERUPA DAN TIDAK UNTUK MEMBEZAKAN NILAI UBAT SETIAP JENIS JENIS MAKANAN PERUBATAN TERSEBUT?

Kebanyakan bangsabangsa didunia ini mempunyai berbagai jenis makanan yang boleh menjadi ubat ubatan kepada mereka. Mereka mencari, menyimpan dan menanam berhampiran persekitaran tempat tinggal mereka. Sebagai contoh bangsa China, Jepun serta Korea makanan pengubatan mereka seperti ginseng, lingzhi. Bangsa India dengan pohon moringa (kelor) dan pohon mimba (neem). Bangsa Inggeris pula dengan spirulina, soya dan klorofil. Orang orang kita Melayu dengan madu, tongkat ali, air kelapa, haruan dan lain lain.



Haruan


sprirulina


Ginseng

Lingzhi


Madu


Kelapa


Mimba




Kelor


Klorofil

Jenis jenis makanan
tersebut oleh bangsa bangsa tersebut sering dicari cari apabila mereka mengidapi penyakit, bagi tujuan mendapatkan kesembuhan. Kalau jenis jenis makanan tersebut dicari cari sudah tentu ia bernilai tinggi dalam memberi kesembuhan kepada berbagai jenis jenis penyakit. Apakah yang membezakan kekuatan setiap jenis jenis makanan yang bolih memberi nilai pengubatan tersebut? Tentu setiap jenisnya mempunyai kekuatan dalam nilai pengubatan samada serupa atau tidak. Apakah perbezaan setiap satunya? Untuk menjawabnya adalah dengan memberi sedikit contoh hujah lain yang dapat membantu menguatkan jawapan nya.  Anda tentu mengenal tokoh tokoh orang terkenal berikut iaitu P.Ramlie, Charlie Charplain dan M.Nasir.  Ketokohan ketiga tiga orang ini dalam bermain alat muzik, mencipta lagu, menyanyi, berlakun filem,  mengarah filem, berlawak, melukis dan lain lain. Mereka adalah orang orang seni. Kebolehan ketiga tiga tokoh ini dalam seni adalah hampir sama. Walau begitu ada sedikit sahaja yang bolih membezakan kebolehan mereka dalam kerja seni ini, iaitu P. Ramlie tidak boleh melukis yang mana Charlie Charplain dan M.Nasir bolih. Manakala Charlie Charplain pula tidak bolih menyanyi yang mana P.Ramlie dan M.Nasir boleh. M.Nasir pula tidak bolih berlawak seperti P.Ramlie dan Charlie Charplain. Yakni P.Ramlie tidak bolih melukis M.Nasir tidak bolih berlawak dan Charlie Charplain tidak bolih menyanyi. Lain lain kebolihan mereka adalah serupa.  Ada seorang tokoh lagi yang semua orang kenal, ia berkebolihan dalam segala macam kesenian mengatasi kebolihan P.ramlie, Charlie Charplain dan M. Nasir iaitu SUDIRMAN HJ ARSHAD yang sudah meninggal dunia. Beliau berkebolihan dalam semua kesenian.

Mengenai makanan perubatan yang berjenis jenis milik asal bangsa bangsa tertentu seperti madu, ginseng, lingzhi, haruan, tongkat ali dan lain lain itu. Terdapat berbagai bagai jenis nilai medis atau perubatan didalam tubuh bahan bahan tersebut yang mungkin terdiri daripada vitamin, mineral, zat besi, kalsiam dan berbagai yang lain lain. Walau apa pun kandungan bahan bahan medis yang terdapat pada jenis jenis makanan perubatan tersebut mungkin ada persamaan atau tidak, tetapi ada satu kandungan yang sama. Kandungan dan nilai makanan perubatan inilah yang menjadikan jenis jenis makanan tersebut bernilai medis yang sangat tinggi yang bolih memberi kekuatan tubuh dalam melawan penyakit dan menyembuhkan penyakit apabila kita terkena serangan atau jangkitan sesuatu penyakit. Unsur yang sama terkandung dalam bahan bahan tersebut ialah "ASID AMINO". Dikalangan orang orang Melayu berubat dengan ikan haruan sudah tidak asing lagi, ikan haruan sering dicari olih orang Melayu apabila ada orang perempuan melahirkan anak atau berlaku kemalangan yang menyebabkan luka luka. Memang ikan haruan amat terkenal membantu menyembuhkan luka luka dengan cepat.  Apa yang ada pada ikan haruan tersebut? Jawapan nya ialah kandungan asid amino. Ikan haruan sahaja kah yang mempunyai kandungan asid amino? Bukan ikan haruan sahaja yang mempunyai kandungan asid amino, makanan makanan yang dicari cari olih berbagai bangsa didunia ini adalah mempunyai asid amino seperti lingzhi, ginseng, madu lebah, spirulina dan lain lain. Maka makanan makanan inilah dicaricari orang.
MANUSIA DIJADIKAN UNTUK MEMAKAN APA?
Kita lihat kejadian alam dan kehidupan sekitarnya diantara binatang pemakan tumbuhan dan binatang pemakan daging, binatang yang mana lebih kuat? Pemakan tumbuhan digunakan untuk bekerja (kuda, unta dan lembu) dan dagingnya bolih dimakan manusia kerana berkhasiat. Binatang pemakan daging, sudahlah dagingnya tidak mahu dimakan olih manusia, dia sendiri pun memang malas asyik makan tidur sahaja (harimau dan singa).
Cuba kita lihat binatang yang kuat seperti gajah kuda, unta dan lembu, apa yang ia makan? Cuba lihat pula gigi manusia adakah menyamai gigi lembu dan kuda atau singa dan harimau? Sudah tentu gigi manusia macam lembu atau kuda. Bentuk gigi adalah mengambarkan apakah jenis jenis makanannya samada binatang atau manusia. Kalau lembu dijadikan untuk memakan tumbuhan bermakna manusia juga dijadikan sebagai pemakan tumbuhan. Sebenarnya asal asal kejadian manusia adalah untuk makan tumbuh tumbuhan. 


Apa pula beza manusia dengan lembu dan pemakan tumbuhan yang lain? Manusia ada otak dan berakal, sangat pandai memileh, banyak makanan lain yang lebih enak dan lazat selain memakan tumbuhan, Itulah maka manusia itu juga makan bermacam macam jenis makanan samada tumbuhan atau daging. Binatang yang cuma makan sayuran dan tumbuhan sangat kuat tetapi tidak pandai kerana walau mempunyai otak tetapi tiada akal maka mereka cuma makan sayuran,buahan dan tumbuhan sahaja dan tidak mahu minta makanan bermacam macam seperti manusia. 



Semua mahluk tuhan seperti manusia, tumbuhan serta haiwan amat perlukan asid amino untuk hidup, bagaimana binatang pemangsa (harimau dan singa) mahu dapat bekalan asid amino? Dengan membaham dan memakan binatang yang makanan tumbuhan harimau dan singa mendapat bekalan asid amino nya.




Asid amino, vitamin dan mineral cuma terdapat pada makanan seperti buah buahan dan sayuran sahaja, sedikit sahaja terdapat dari sumber haiwan (haruan,kambing dan gamat). Walau bagaimana pun kandungan kandungan asid amino, vitamin dan mineral  pada tumbuhan tersebut adalah sedikit walau  lengkap (Walau bagaimana pun terdapat sesetengah buah buahan dan sayuran mempunyai kandungan asid amino dan nutrisi yang lebih banyak daripada tumbuhan lain seperti kacang botor, buah kelapa dll). Manusia bolih hidup dan sihat kalau hanya makan sayuran dan buahan sahaja kerena memang asal asal manusia dijadikan untuk makan tumbuh tumbuhan. Kandungan nutrisi pada tumbuhan sangat lengkap walau sedikit, sudah cukup untuk bekalan kepada tubuh manusia untuk menjadi sihat. Tetapi ia tidak cukup untuk tubuh manusia yang sedang sakit, tubuh manusia yang sedang sakit perlukan nutrisi yang lebih banyak untuk menjana tenaga bagi melawan penyakitnya. Itu sebab alasan mengapa manusia apabila sakit mereka mencari makanan makanan yang mengandungi sumber asid amino yang berlebihan seperti dalam kandungan air kelapa, madu, haruan, gamat dan lain lain.
Itu makanya kalau kita lihat bangsa bangsa didunia ini mempunyai makanan makanan kesihatan mereka untuk tujuan menjaga kesihatan atau menyembuhkan penyakit. 

SUATU RAHSIA BESAR BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN NIKMAT HIDUP BERUMUR PANJANG, APA SEBENARNYA YANG DIPERLUKAN OLIH TUBUH UNTUK MEMBOLIHKAN IA MELAWAN PENYAKIT DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT? 
Kenderaan seperti motor dan kereta akan dapat dihidupkan dengan diberikan bahanapi (petrol/disel). Jenis jenis kualiti bahanapi juga adalah berbeza. Enjin kenderaan yang dapat dihidupkan dengan petrol jenis regular dengan kelajuan yang biasa biasa akan dapat ditingkatkan kelajuannya dengan memberi pula petrol jenis premium. Selain itu dengan memberi bahanapi berkualiti jangka hayat enjin kenderaan dapat dipanjangkan.
Siapa pun perlukan upah untuk bekerja termasuk tubuh manusia. Pada tubuh manusia beri dia makanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi, maka tubuh akan sentiasa memberi satu penangkal yang amat ajaib untuk manusia. Apakah penangkal tersebut? ianya ialah sebuah  unsur yang dipanggil  "ANTIBODI".  Apa yang kita makan dan minum akan menentukan kualiti atau mutu antibodi yang dihasilkan olih tubuh, semenjak bayi dari dalam perut ibunya telah mempunyai antibodi yang dipindahkan dari ibunya. Itu makanya semasa ibu ibu mengandung perlu kepada makanan yang berkhasiat. Selepas lahir bayi sehingga membesar antibodi lah yang akan menjaga serta melindungi kita daripada ancaman berbagai penyakit. Bebas daripada penyakit tubuh akan sentiasa sihat. Tempoh hidup menjadi lebih panjang, kematian awal dapat dihindarkan, Jadi rahsianya amat mudah iaitu makanan yang berkhasiat tinggi yang akan menghasilkan unsur perlindung tubuh iaitu "ANTIBODI".   Rahsia kesihatan dan berumur panjang adalah keupayaan antibodi kita sebenarnyua. Olih itu marilah kita meningkatkan kekuatan antibodi masing masing. 
Didalam dunia ini sudah menjadi hukum alam, ada yang lebih kuat daripada apa yang memang sudah kuat kepada unsur unsur, pekara atau segala benda benda dimuka bumi ini, begitu lah seterusnya sehinggalah yang paling maha kuat adalah allah swt. Seperti yang saya katakan diatas bahawa asid amino adalah mempunyai unsur penyembuhan yang kuat, tetapi sebenarnya yang paling kuat sekali jika benda benda itu setelah mengandungi selain asid amino ia mesti adalah mengandungi multivitamin dan mineral sekali.
PENAWAR YANG TELAH SAYA TEMUI INI ADALAH YANG TERBAIK DIABAD INI. SAYA AKAN MEMBERI UBAT YANG SEBAIK INI SECARA PERCUMA KEPADA ANDA:
Betul ke ubat dari saya yang terbaik? Sebelum ini apa sahaja ubat dan makanan kesihatan yang tidak saya makan ketika zaman saya sakit dahulu seperti madu, ginseng dan lain lain tetapi tidak mencukupi dari aspek kekuatan memberi rasa kesegaran dan keselesaan tubuh, berbeza dengan penawar yang saya rumus sendiri ini. Penawar yang saya makan ini hasil rumusan serta ciptaan saya sendiri, apabila saya memakan saya rasa tubuh badan baik dan sangat sihat maka itulah terbaik pada saya. Barang saya sendiri tentu saya kata baik, mungkin ada yang mencebek nanti (baca tajuk testimonial dari pengguna). Sebenarnya ianya bukan ubat tetapi ia lebih kepada makanan tambahan (food supplement), tetapi ia mempunyai nilai properti pengubatan dan penyembuhan yang tinggi. Produk ini 100% daripada pohon sayuran sayuran dan 100% organik. Mengandungi nilai nilai nutrisi yang sangat lengkap yang diperlukan olih tubuh manusia. Kandungan asid amino, multivitamin dan mineral yang tinggi jika dibandingkan dengan makanan makanan lain seperti madu, ginseng, spriluna, tongkat ali dan lain lain.
Penawar saya ini sangat ajaib dan sebagai multi fungsi untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Satu penawar yang berasal dari pohon yang diakui olih pakar pakar perubatan dan doktor doktor mempunyai kandungan nilai makanan yang lengkap yang terdapat pada sebuah pohon. Paling hebat  dan ajaib nilai properti pada pohon ini, tetapi saya tidak dapat dedahkan semua untuk kepentingan umum (kerana dikhuatiri dimanupulasi olih orang orang untuk tujuan bisnes sedangkan saya memberi anda percuma untuk tujuan amal). Penawar yang bolih dan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada antibodi anda. "Penawar untuk semua" rumusan formula saya ini lebih baik dari aspek kekuatan medis jika dibandingkan dengan ginseng, lingzhi, tongkat ali, spriluna dan lain lain. Saya sendiri memakannya setiap hari, dan mungkin sampai mati.  
                                     

PRODUK HANYA SATU PENAWAR SANGAT LENGKAP NUTRISI NYA;
(asam amino,multivitamin dan mineral) 
Kebanyakan tumbuhan seperti sayuran dan buahan atau haiwan dapat membekalkan sedikit asid amino, vitamin dan mineral, cuma ada beberapa jenis sumber yang dapat membekalkan asid amino yang lebih dari yang lain seperti ikan haruan, madu, air kelapa, soya, ginseng, lingzhi, spriluna dan lainlain, itu maka makanan makanan seperti ini amat diburu oleh manusia diseluruh dunia apabila sakit atau untuk menjaga kesihatan.
Pada ketika ini terdapat dua jenis bahan tumbuhan yang sangat lengkap dan lebih banyak nilai nutrisi asid amino, vitamin, multivitamin dan mineralnya, melebihi dari sumber sumber lain didunia. Dari tumbuhan tersebut maka saya dapat merumus produk saya ini dan saya menggelarkannya dengan nama "PENAWAR UNTUK SEMUA".
RAHSIA SIHAT, BAHAGIA DAN PANJANG UMUR DARI SUKU HUNZA DI UTARA PAKISTAN:
(Maklumat ini saya perolehi daripada google)






Keterkaitan antara makanan dan usia panjang ini terlihat jelas dalam kehidupan Suku Hunza di Lembah Hunza, sebelah utara Pakistan. Masyarakat Hunza hidup hingga usia 120—140 tahun dengan tekanan darah normal, keadaan kolesterol baik, dan tetap melakukan aktivitas fisik. Selain menanam gandum, buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian, masyarakat Hunza juga menjadikan hasil panennya sebagai makanan pokok. Jika dibandingkan dengan Suku Eskimo di Kutub Utara yang 90% pemakan daging, banyak ditemukan yang menderia penyakit degeneratif akibat penurunan fungsi organ-organ tubuh. Kebanyakan orang Eskimo hidup sehat hanya sampai usia 25 tahun. Selain itu, kondisi alam dan lingkungannya juga sangat mendukung. Di ketinggian 2.438 m, masyarakat Hunza selalu dapat menghirup udara segar dan bebas polusi. Cara mereka berkebun pun dilakukan secara alami, tanpa menggunakan pestisida atau bahan adiktif lainnya sehingga menghasilkan sayuran yang benar-benar sehat.  Jauh dari hingar-bingar kota serta kehidupan yang konsumtif dan materialistis, membuat Suku Hunza selalu hidup dalam kedamaian. Hal ini sangat mendukung mereka untuk hidup lebih lama.
Fakta Unik Suku Hunza
Seorang pria Hunza berusia 145 tahun dan masih dapat bermain voli. Pria tersebut memiliki:
anak berusia 125 tahun,
  • cucu berusia 105 tahun,
  • cicit berusia 85 tahun,
  • anak dari cicit berusia 65 tahun,
  • cucu dari cicit berusia 45 tahun, dan
  • cicit dari cicit berusia 25 tahun.
Sejarah sehat dan kuat orang-orang suku Hunza yang hidup di kaki pegunungan himalaya Wilayah Qashmir IndiaBerdasarkan hasil penelitian Badan Kesehatan Dunia (WHO), menyimpulkan bahwa orang-orang sehat, kuat & terpanjang usia di dunia dimasa ini adalah : suku Hunza yang Tinggal dan hidup di kaki pegunungan Himalaya – Qashmir India. usia mereka rata-rata mencapai 145 Tahun. Dalam usia 80 tahun mereka sebanding dengan orang indonesia berusia 40 Tahun, dan mereka dalam usia tersebut masih melakukan segala aktivitas, baik berladang, bertani, bahkan sering berolah raga seperti umumnya masyarakat Indonesia.
APA RAHASIANYA ?
Pada umumnya suku Hunza suka hidup bertoleransi, membagi dan pemerhati untuk sesama. mereka tidak ingin hidup berlebihan, kesederhanaan terpancar dari relung kehidupan dan realitas, bahkan mereka lebih senang hidup membantu dan bergotong royong dalam segala hal. aplikasi seperti ini sering mereka lakukan dimana saja, kapan saja, tanpa mengenal waktu serta keadaan. ini merupakan salah satu wujud nyata dalam kehidupan sebagai bentuk ketenangan jiwa dan kepuasan batin. Disinilah mereka mendapat ketenangan untuk berfikir dalam menyelesaikan permasalahan hidup, karena pada jiwa yang tenang terdapat fikiran yang jernih, karena setiap penyakit timbul hampir 45% adalah dari bathin/fikiran. Orang-orang Hunza pada umumnya senang dan gemar menjaga alam. Hidup mereka jauh dari hal-hal yang merusak alam. Mereka tidak senang dengan polusi udara, dll. Udara yang mereka hirup setiap detik, air yang mereka minum tiap haus, adalah benar-benar alami. Begitu juga dengan makanan-makanan yang mereka konsumsi hampir 100% adalah alami 60%-nya dalam bentuk mentah tanpa pengawet, segar tanpa mengalami proses, kebanyakan jenis makanan tersebut berbentuk biji-bijian seperti gandum, Jagung, Tanaman, palawija dan lain-lainnya tidak pernah mereka berikan pupuk, atau insektisida yang mengandung racun. maka disini jelas bahwasannya : “kehidupan kita saat ini di zaman modern lebih banyak madzarat kelintang manfaatnya, karena hidup kita inginnya yang serba instan, sementara kita tidak pernah peduli apa reaksi positiv/negative-nya bagi tubuh kita”. jadi kesimpulannya adalah, bagaimana kita menjaganya. Dari 3 hal yang dilakukan oleh suku Hunza tadi, sebab penyakit datang karena kelengahan kita dalam mengatur pola makan dan gaya hidup sehari-hari.
Kesimpulannya : Menjaga agar tubuh kita selalu sehat dan kuat dengan cara . 
1). Fikiran/bathin/perasaan
2). Faktor alam, gaya/pola hidup kita.
3). Makanan yang alami.:-)
ADA ORANG BERTANYA KEPADA SAYA, KALAU KAU BAGI ORANG  ILMU DAN UBAT PERCUMA APA PULA UNTUK KAU, APA YANG KAU DAPAT?
Kalau ada soalan sudah tentu saya kena menjawab, antara tugas saya adalah bersedia mendengar soalan dan memberi jawapan yang sebaik mungkin dengan pengetahuan yang ada. 
Pertama:  Ada banyak juga pekara baik dan nikmat nikmat dalam hidup ini saya mendapatnya dengan tidak membayar dan dapat secara percuma sahaja, kini saya membayarnya pula. Kedua:  Terlalu banyak nikmat yang allah telah beri kepada saya secara percuma atau kalau  membayar pun dengan harga murah(ada orang membayar dengan harga mahal pun tidak dapat  apa apa hasil/nilai dari apa yang dibayar), tetapi saya dapat dengan izin dan rezeki dari allah. Saya tidak bolih ceritakan secara lisan atau dengan gambar gambar untuk memberi tahu atau untuk meyakinkan anda kepada saya, betapa banyak yang telah saya dapat dari allah (saya tak mahu orang anggap saya takbur, walau allah tidak menilai begitu), kalau anda hendak melihat dengan nyata tentang apa yang saya perkatakan bolih datang sendiri ketempat saya disamping bolih kita ber siratulrahimAntara nikmat terbesar yang allah beri kepada saya ialah suka kepada ilmu, mudah faham dalam menguasai ilmu dan sering diberikan ilham ilham dan kepercayaan kepada yang baik baik (positif thinking).
Ketiga:  Saya percaya dan beriman dengan satu ajaran islam yang mengatakan "apabila meninggal anak nabi adam itu, maka terputuslah segala amalan dan pahalanya kecuali dia pernah meninggalkan 3 pekara semasa hidupnya, iaitu anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraannya, ilmu yang manafaat dan amal sedekah jariahnya".
Hidup Adalah Untuk menghidupkan:
Kata perpatah orang orang Kalimantan "hidup adalah untuk menghidupkan", slogan ini sangat perpular di bumi Kalimantan. Cuba  kita renungkan kehidupan manusia ini, kehidupan amat singkat setelah melahirkan anak anak dan menjaga anak anak membesar sehingga mereka berkahwin umur kita bersara pun datang. selepas bersara hidup untuk beberapa tahun lagi kemudian meninggal dunia. kekadang sempat menerima kedatangan cucu dan ada juga yang tidak sempat. Kehidupan amat singkatkan seolah olah tugas manusia sekadar meramaikan manusia lepas tu mati.
Kalau kita lihat haiwan dan tumbuhan;  Ikan salmon sebaik sahaja ia bertelur dan meninggalkan anak anak salmon dia pun mati, saya pernah menjumpai satu pokok durian  yang masih muda (belum umur berbuah) bebunga diluar musim, selepas buah berputik ia mati tanpa sempat buahnya masak, pokok durian itu cuba untuk menghasilkan keturunannya melalui buah dan bijinya. Saya juga pernah menjumpai pokok limau berbuah sangat banyak berbanding dengan pokok limau lain sekitarnya, selepas buahnya habis pokok limau itu pun mati. Ini hujah saya mengenai selogan "hidup untuk menghidupkan " adalah benar. Saya mendapat ilham untuk meninggalkan banyak pekara pekara baik dalam kehidupan ini sebelum saya meninggal dunia nanti, ini azam dan tekad saya sebagai amal jariah.

AKHIR SEKALI DAN PENUTUP BLOG INI:  

KALAU SAYA SEORANG JUTAWAN DAN HARTAWAN:
BANYAK KEBAIKAN DAPAT DIBANGUNKAN KALAU SAYA SEORANG JUTAWAN DAN HARTAWAN:
Ada banyak kebaikan dapat ditegakan untuk
membangunkan bangsa, agama dan negara, walau tanpa dapat negara cuma sebagai warganegara. Maksud saya tanpa menjadi Perdana Menteri, Menteri atau wakil wakil rakyat pun sebagai rakyat bisa sebenarnya kita sudah bolih membangunkan atau menegakan kebaikan. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia bolih mula melakukan, sekarang pun bolih di mulai dengan pekara pekara atau kerja yang kecil sahaja. Bangunkan kebaikan untuk semua etnik dan agama tanpa memilih bulu atau kelompok sendiri sahaja, kerana kita adalah Malaysia. Malaysia adalah unik walau rakyat yang berbilang bangsa dan agama dapat pula hidup dengan rukun dan damai, Jadi kita bangunkan kebaikan untuk semua tanpa ada kaum dan golongan yang terasa dan terasing. Yang telah harmoni dirapatkan lagi kasih sayang, dalam soal beragama itu pekara lain. Nanti tiada NGO atau mana mana persatuan berjuang dan berfungsi untuk satu satu kaum golongan atau kroni sahaja, kita adalah Malaysia.
Mahu Jadi Macam Robin Hood Tetapi Dengan Tidak Menyusahkan Orang:
Saya sedikit terpengaruh dengan satu cerita yang pernah berlaku pada waktu dahulu dimana ada seorang Hero yang bernama Robin Hood (kisah benar dan pernah di filemkan), dimana seorang pemuda inggeris yang menjadi hero dengan membantu orang orang miskin dengan memberi bantuan wang ringgit dan harta benda. Tetapi malangnya wang ringgit serta harta yang diberi kepada orang orang miskin ialah hasil daripada rampasan dan rompakan Robin Hood daripada orang orang kaya. Robin hood ketika itu amat percaya dengan melalui rompakan dan rampasan harta daripada orang orang kaya dapat membantu orang orang miskin.
Terpengaruh dengan cerita tersebut, saya teringin untuk membantu orang ramai dengan cara yang berbeza, saya mahu membantu dengan cara yang bersih tanpa menyusahkan atau menyakitkan sesiapa dan bantuan yang tidak serupa seperti yang  Robin Hood berikan, bantuan dari saya bukanlah berupa wang atau harta benda. Tetapi apa pun perlukan wang untuk menjayakan hasrat tersebut sedangkan Robin Hood merampas dan merompak hasil dari orang kaya. Bagaimana dengan saya, dimana mahu mencari dan mendapat wang untuk menyalurkan bantuan tersebut? Kepercayaan dan keyakinan amat penting, saya selalu diberi ilham, kecerdikan dan kepercayaan kepada pekara pekara baik olih allah swt,  itu rezeki saya dari allah. Dengan kecerdikan dan ilham yang baik insyaallah saya dapat membantu manusia, bantuan allah datang wang akan datang sendiri. Dalam masa ini dan kehadapan saya berusaha untuk mengejar masa untuk menjadi kaya semuga dapat memberi manafaat kepada ramai manusia. Tidak mustahil kerana Lim Goh Tong tauke Genting Highland pun ketika berumur awal 50an pun masih orang  biasa biasa sahaja.
SEMENTARA MENUNGGU SEHINGGA KAYA APA BOLIH SAYA BUAT SEKARANG ?
Walau saya  bukan siapa siapa (bukan pemimpin masyarakat) kalau saya seorang kaya, jutawan dan hartawan saya berhasrat dan berhajat untuk membangunkan beberapa pekara kebaikan untuk faedah serta kepentingan umum dan orang ramai.    lihat jua: http://jutahartaman.blogspot.com/
Kini, dikala saya masih orang biasa biasa dan jauh sekali jika hendak disebut sebagai orang yang kaya  saya telah  pun memulakan membuat dan membangunkan kerja kerja amal untuk masyarakat. 
Olih kerana saya amat berminat dan
mempunyai ilmu pengetahuan tentang kesihatan, maka sesuailah sekarang saya membantu masyarakat dengan rawatan, ubat ubatan dan makanan tambahan percuma. Memang secara percuma, saya tidak mengenakan apa apa bayaran kerana untuk semua bahan bahan perubatan saya dapati secara percuma atau kalau kena membayar cuma dengan harga yang murah sahaja,inilah amal jariah saya..
Buat waktu ini itulah yang dapat saya sumbangkan kepada masyarakat dan yang paling utama waktu ini saya membekalkan makanan tambahan yang berbentuk kapsul lengkap untuk keperluan nutrisi manusia yang mengandungi asid amino,multivitamin dan mineral. Produk saya dipanggil sebagai  "Penawar Untuk Semua".
Semua adalah secara percuma, dikala orang lain memikirkan wang dan keuntungan jika mereka mempunyai produk yang bagus, saya memikirkan untuk membantu orang.
BAGAIMANA ANDA BOLIH MEMBANTU SAYA UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT RAMAI:
Anda ada idea tetapi tiada ilmu, kalau tiada ilmu tetapi ada idea pun bagus juga, anda dapat memberi cadangan sahaja, cadangan anda dan idea idea yang bernas amat saya alu alukan, dapat menambah nilai nilai untuk kebaikan.
Buat masa ini segala bantuan yang saya berikan adalah melalui biaya dari poket saya sendiri, dan kekadang ada juga pesakit pesakit yang menyumbang untuk wang biaya harga kapsul dan upah mengkapsulkan ubat. Buat masa ini bilangan pesakit dan makanan tambahan dapat saya tangani dengan belanja poket saya sendiri, tetapi saya sudah mulai merasakan bilangan yang memerlukan bantuan kesihatan mulai meningkat. 
Kalau sebelum ini semua ramuan dan bahan bahan berdasarkan herba herba dapat saya kuitip di pinggir pinggir rumah dan ditepi tepi belukar, sekarang saya sudah mulai menanam disekitar rumah untuk cadangan benih benih untuk tanaman secara estate di masa hadapan. Untuk menanam herba herba secara estate dan memproses ubat dari daun segar, memasukan kedalam kapsul hingga pembungkusan perlukan tenaga kerja dan upah. Saya sudah mulai dapat merasakan yang pembiayaan untuk masa masa akan datang akan meningkat dan terus meningkat dalam usaha membantu ramai orang.

                   

Soalan saya kepada anda, adakah ramai anda jumpa orang seperti saya? (bunyi macam sombong je saya ni) Bukan setakat kebolihan tetapi azam juga, ya....mungkin ada tetapi di dalam masa orang orang lain memikirkan untuk membuat keuntungan wang ringgit jika mereka mempunyai dan menjumpai produk produk yang baik, saya memikirkan alangkah bagusnya benda yang baik ini saya berikan dan berkongsi dengan ramai orang, percuma pula tu. Tiada yang paling bahagia dan amat gembira rasanya dapat membantu orang. 
Anda bagaimana? Jikalau anda juga dapat digamit untuk membantu orang ramai secara amal jariah dan menyumbang wang ringgit seberapa yang bolih secara bulanan atau bila bila ada kesempatan, silalah berbuat demikian. Mungkin bantuan orang ramai untuk orang ramai memberi faedah kebaikan kepada semua, pada suatu masa mungkin saya dapat membina ladang dan kilang yang dapat menampung makanan kesihatan untuk ramai orang, kalau bolih satu Malaysia makan produk saya "Penawar Untuk Semua".
   
Jika anda  ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan mengenai kesihatan bolih sms, call   0122575716 / 0143961877, email < pustakagerak@gmail.com atau hrvible@gmail.com  >

Yang ingin datang berubat sila kealamat:

 Lot.1821, Kg. Sg. Kembung Hilir, Bangi 43000 Selangor 

Anda bolihlah menyumbang kedalam Akaun Bank saya : BANK CIMB AKAUN NO: 1219 0050 2115 22 ATAS - NAMA ISMAIL B. PAYAMIN.